fbpx

Tysha gadis kacukan Cina-Thailand mahu buka hotel kucing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SELAIN perniagaan kedai kucing, Tysha juga mahu meneroka bidang kecantikan untuk perancangan lima tahun akan datang.

GADIS ruangan Pesona Ahad minggu ini, Siti Nur Aishah Mohd. Shafiq Ang atau lebih mesra di­sapa Tysha mempunyai prinsip tersendiri dalam menyayangi kucing sama ada yang dipelihara atau di jalanan.

Berdarah campuran Cina- Thailand, Tysha memasang memasang impian untuk membuka hotel kucing bertaraf lima bintang tidak lama lagi.

Tidak keterlaluan, anak tunggal ini juga berangan-angan mahu bergelar model bersama kucing kesayangannya.

Meskipun berdepan dengan pelbagai cabaran dalam bidang perniagaan sepanjang pandemik Covid-19, Tysha tetap cekal dan positif menempuh rintangan tersebut yang dianggap sebagai asam garam sebagai usahawan.

Kepada Kosmo! Ahad, anak kelahiran pulau mutiara ini berkongsi cerita termasuk penga­laman menguruskan pernigaannya.

Kosmo! Ahad: Bagaimana timbul idea buka kedai kucing?
Tysha: STA Pets Village bermula dengan cetusan idea daripada nenek saudara dipanggil ‘chu’ kerana dia seorang pencinta kucing. Saya turuti permintaannya walaupun minat dalam bidang kecantikan, namun lama-kelamaaan saya mula menyayangi kucing.

Adakah Tysha memelihara kucing?
Saya mempunyai empat ekor kucing. Yang paling mahal jenis flat nose yang diberikan seorang kenalan. Saya pernah menangis apabila kucing ke­sayangan, O’lic mati. O’lic banyak mengajar saya tentang penyakit haiwan dan kini saya lebih bersemangat untuk membantu haiwan-haiwan jalanan yang jatuh sakit.

Kucing atau modeling?
Kedua-duanya. Saya pernah memasang impian untuk menjadi model bersama kucing suatu hari nanti.

Adakah perniagaan Tysha turut terkesan akibat pandemik Covid-19?
Sudah tentu, ramai pemilik kucing tidak menghantar haiwan peliharaan mereka disebabkan sekatan pergerakan sejak 2020. Oleh itu, bisnes hotel kucing dan grooming terjejas teruk.

Pengalaman yang tidak boleh dilupakan?
Tangan saya pernah dicakar kucing pelanggan dan parutnya masih berbekas sehingga kini. Disebabkan parut ini, ada yang menyangka saya pernah cuba membunuh diri.

Perancangan Tysha lima tahun akan datang?
Mahu melebarkan perniagaan STA Pets Village selain mahu fokus dalam bisnes kecantikan.

Bagaimana pula dengan pasangan hidup, apakah ciri-ciri jejaka idaman Tysha?
Saya mengimpikan seorang lelaki yang setia, penya­yang dan memahami saya sebagai seorang usahawan wanita. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI