fbpx

Tidak selesa usahawan jadi artis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEMUNCULAN usahawan sensasi seperti Vida dan Iqbal Zulkefli yang menjadi penyanyi menerima pelbagai respons yang rata-ratanya melihat mereka tiada bakat menyertai dunia seni tanah air.

BARU-BARU ini Diva ada berbual dengan seorang penyanyi wanita yang boleh dikatakan agak popular ketika menghadiri sebuah majlis bersama media.

Ketika berbual, Diva bertanyakan pendapat tentang industri muzik hari ini yang dilihat tidak semeriah seperti tahun-tahun sebelumnya.

Kata penyanyi itu, situasinya mungkin disebabkan permintaan pendengar sendiri selain faktor pandemik Covid-19.

Dalam luahan tersebut, penyanyi yang lahir daripada sebuah program realiti itu berterus terang bahawa dia tidak suka dan enggan menyokong sepenuhnya penglibatan individu yang tidak mempunyai bakat untuk bergelar anak seni.

Katanya, kehadiran golongan tersebut mencacatkan arena seni hiburan tempatan apabila mereka dilihat lebih mendapat tumpuan oleh netizen termasuk dalam kalangan pihak media sendiri.

Diva sudah boleh agak, apa yang dimaksudkan oleh penyanyi itu, dia tidak suka dan menyokong kehadiran usahawan seperti Datuk Seri Vida dan Ahmad Iqbal mewarnai seni hiburan tempatan sebab mereka asalnya bukan seorang artis.

Disebabkan mereka banyak duit, maka segala-galanya boleh ‘dibeli’.

Diva pun sebenarnya tidak bersetuju juga apabila sesetengah usahawan melibatkan diri dalam dunia seni dengan niat mempromosikan perniagaan mereka, bukan kerana bakat. Bukan di sini tempat kalian.

DIVA: Ada yang naik menyampah bila Ruhainies ‘gunakan’ Zul Ariffin sebagai sebahagian gimik untuk pelancaran produknya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI