fbpx

Polis tanpa uniform pantau situasi bazar Ramadan di Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shafien semasa merasmikan Balai Polis Kubang Kerian, Kota Bharu hari ini.

KOTA BHARU – Polis Kelantan akan menempatkan anggotanya termasuk yang tidak memakai uniform di bazar Ramadan di seluruh negeri ini untuk menjalankan pemantauan bagi mengelakkan kesesakan di lokasi itu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, pemantauan akan dilakukan bagi memastikan peniaga dan pengunjung mematuhi prosedur operasi standard (SOP) terutamanya memakai pelitup muka dan penjarakan fizikal.

“Penting bagi peniaga dan pengunjung di bazar Ramadan untuk terus mematuhi SOP meskipun negara sudah beralih ke fasa endemik ketika itu.

“Kita tidak mahu kes jangkitan Covid-19 terus menular sehingga membimbangkan rakyat semasa bulan Ramadan dan seterusnya,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Balai Polis Kubang Kerian di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Shafien memberitahu, pihaknya juga akan bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) dan pihak lain yang menganjurkan Bazar Ramadan tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI