fbpx

Pesawat 5735 didakwa hilang komponen sebelum terhempas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Simulasi video yang memaparkan posisi pesawat China Eastern Airlines terhempas. - YouTube

BEIJING – Hasil siasatan nahas Penerbangan 5735 China Eastern Airlines yang terhempas dan mengorbankan 132 orang pada Isnin lalu mendedahkan bahawa sekurang-kurangnya satu bahagian pesawat itu terputus,  9 kilometer sebelum nahas berlaku, lapor akhbar Daily Mail, kelmarin.

Pegawai-pegawai China berkata, jika komponen itu disahkan milik Boeing 737-800 tersebut, maka pesawat itu mungkin meletup di udara sebelum terhempas.

Pendedahan itu menambahkan lagi  misteri  nahas ngeri pesawat  itu yang berlepas dari bandar Kunming ke Guangzhou sebelum terhempas di lereng gunung dekat Wuzhou,  wilayah Guangxi.

Rakaman sistem televisyen litar tertutup (CCTV)  yang tersebar di media sosial, kononnya menunjukkan pesawat itu menjunam dalam posisi menegak.

Serpihan dipercayai berasal daripada pesawat malang itu adalah sepanjang 1.3 meter dan lebar 10 sentimeter. Ia  ditemui di sebuah tanah ladang, kata Ketua Pasukan Penyelamat Pemadam Kebakaran Guangxi, Zheng Xi.

Pada peringkat awal siasatan, pegawai-pegawai  berkata,  sukar untuk mengenal pasti sama ada komponen itu  longgar akibat tekanan udara semasa pesawat menjunam atau terpisah semasa penerbangan 5735 terhempas di lereng gunung.

Bekas ketua penyiasatan kemalangan Pentadbiran Penerbangan Persekutuan Amerika Syarikat (AS), Jeff Guzzetti berkata, beliau percaya komponen itu terlerai  semasa pesawat menjunam dari ketinggian sekitar 8,839 meter (29,000 kaki)  dalam masa hanya  satu minit dan 35 saat.

“Pada pandangan saya, itu adalah bahagian yang terpisah ketika pesawat menjunam turun,” kata Guzzetti.

Boeing 737-800 China Eastern itu terbang pada ketinggian 8,839 meter apabila ia tiba-tiba menjunam ke kawasan pergunungan terpencil  Isnin lalu sebelum terhempas dan  mencetuskan kebakaran besar  yang boleh dilihat menerusi satelit. 

Setakat ini, tiada mangsa terselamat ditemui. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI