fbpx

Penyanyi belajar tanam ganja melalui media sosial

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHAMAD FAKHRUDDIN melihat pokok ganja yang dirampas di rumah seorang penyanyi pada Jumaat lalu.

PETALING JAYA – Seorang bekas pe­nyanyi nasyid lelaki yang ditahan bersama sejumlah pokok ganja dalam serbuan di sebuah kondominium di Kota Damansara, di sini Jumaat lalu dipercayai belajar cara menanam tumbuhan itu melalui media sosial.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, suspek yang berusia 47 tahun dipercayai menjalankan aktiviti penanaman pokok ganja sejak dua bulan lalu.

“Suspek dipercayai menanam pokok ganja tersebut dengan membuat pembelian benih secara peribadi.

“Dia kemudiannya belajar proses penanaman tumbuhan tersebut melalui media sosial,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Ahad di sini semalam.

Menurut Mohamad Fakhrudin, pihaknya sedang giat menjalankan siasatan bagi mengetahui sumber bekalan benih yang diperoleh selebriti tempatan tersebut.

Jelas beliau, setakat ini, hasil siasatan awal mendapati suspek tidak menjalankan sebarang perniagaan atau pengedaran dadah.

“Bekalan ganja tersebut dipercayai untuk kegunaannya sendiri,” kata beliau.

Kosmo! semalam melaporkan seorang penyanyi nasyid berusia 47 tahun ditahan di kediamannya selepas polis menemui 17 pokok ganja di dalam kondominium tempat tinggalnya.

Selain pokok ganja, polis turut merampas dua plastik berisi tumbuhan kering dipercayai dadah jenis sama seberat 214 gram bernilai RM10,700.

Suspek ditahan reman selama tujuh hari bermula kelmarin bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI