SHAH ALAM – RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks) mengambil inisiatif baharu bagi terus menyokong bangsa usahawan di luar sana dalam berdepan cabaran ketika ini.
Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks, Radz Mohd. berkata, pihaknya akan mengadakan sesi penilaian perniagaan bagi usahawan-usahawan yang serius nak menyaksikan perkembangan dalam bisnes.
Katanya, sesi ini terhad kepada 30 orang dijalankan dari pukul 10 pagi hingga 12 tengah hari setiap Selasa dan Sabtu.
“RichWorks membawakan sesi konsultasi khas ini secara percuma kepada usahawan-usahawan yang memerlukan.
“Kami faham ramai usahawan berdepan situasi yang mencabar dan ini antara sumbangan dapat kami berikan masa ini,” katanya.
Tambah Radz, sesi ini akan dikendalikan pasukan mereka yang terlatih dalam mengenal pasti isu dan masalah sebenar dihadapi usahawan berkenaan.
“Mereka akan lebih tahu kenapa bisnes tak berkembang, strategi pemasaran yang tidak tepat dan apa yang buatkan bisnes orang lain mampu bukan saja bertahan malah berkembang,” jelasnya.
Untuk keterangan lanjut, hubungi pasukan beliau di talian 019-244 2244 atau layari richworks.com/bmb/best atau imbas kod QR tertera. -KOSMO! ONLINE