fbpx

[VIDEO] Pemandu lori ‘samseng’ ditahan, positif 3 jenis dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar rakaman 'dashcam' yang memaparkan insiden perselisihan faham antara pemandu lori dan pemandu Perodua Axia.

SERDANG – Pemandu lori yang ditahan polis kerana bertindak seperti samseng jalanan di sekatan jalan raya (SJR) di Lebuh Raya Bukit Jalil menghala ke Kuala Lumpur pada Jumaat lalu didapati positif dadah.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A. A Anbalagan berkata, pemandu lori berusia dalam lingkungan 40-an itu didapati positif dadah jenis methampetamine, ketamin dan amphetamine.

“Pada Jumaat lalu, polis telah menjalankan SJR di Lebuh Raya Bukit Jalil menghala ke ibu kota pada pukul 10 pagi. Kira-kira sejam kemudian, seorang pemandu kereta jenis Perodua Axia yang melalui SJR tersebut mendakwa pemandu lori di belakang kenderaannya telah mengganggu dan berlaku perselisihan faham.

“Pemandu lori berkenaan telah diarahkan berhenti untuk pemeriksaan namun enggan berbuat demikian dan cuba meneruskan perjalanan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, pemandu lori berkenaan turut bercakap dengan nada yang tinggi ketika diarahkan untuk berhenti.

“Pemandu lori itu telah berjaya menghentikan kenderaan selepas dipaksa dan saringan awal air kencing mendapati pemandu berkenaan positif tiga jenis dadah iaitu methampetamine, ketamin dan amphetamine.

“Ujian saringan alkohol pula mendapati pemandu tersebut tidak mabuk dan kes disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan, Seksyen 78(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 15(1)(A) Akta Dadah Berbahaya 1952,” jelasnya.

Polis turut memohon kepada pemandu Perodua Axia terbabit untuk tampil membuat laporan polis termasuk pemilik kamera papan kemuka (dashcam) untuk membantu siasatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI