fbpx

Messi bakal bersara aksi antarabangsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MESSI (tengah) dilaporkan membuat pertimbangan untuk bersara daripada pentas antarabangsa dan aksi ­ di La Bombonera pagi semalam adalah yang terakhir di laman sendiri. – AFP

BUENOS AIRES – Kapten Argentina, Lionel Messi mengakui masih belum memutuskan me­ngenai masa depannya di pentas antarabangsa selepas berakhir­nya kempen Piala Dunia Qatar 2022 hujung tahun ini.

Messi dikatakan turun ber­aksi buat kali terakhir bersama La Albiceleste di laman sendiri, La Bombonera ketika menewaskan Venezuela 3-0 pada kelayakan ­Piala Dunia Qatar 2022 zon Amerika Selatan pagi semalam.

Pada aksi tersebut, Messi, 34, berjaya mencetak nama sebagai salah seorang penjaring gol bersama-sama Nicolas Gonzalez dan Angel Di Maria selepas meledak gol ketiga pada minit ke-82.

Bintang Paris Saint-Germain itu dilihat teragak-agak menjawab soalan wartawan mengenai peluangnya untuk beraksi dalam pusingan kelayakan Piala Dunia seterusnya bagi edisi 2026 nanti.

“Jujurnya saya tidak tahu. Saya cuma fikir mengenai Ecuador (aksi kelayakan terakhir Piala Dunia Qatar 2022), beberapa aksi persahabatan sebelum Piala Dunia 2022 (21 November hingga 18 Disember).

“Selepas itu barulah saya akan memikirkan mengenai banyak perkara sama ada saya masih berkemampuan ataupun tidak. Apa yang pasti akan berlakunya banyak perubahan selepas Piala Dunia nanti,” kata Messi.

Kemenangan ke atas Ve­nezuela itu menyaksikan Argentina terus melebarkan rekod tanpa kalah sepanjang aksi kelayakan Piala Dunia Qatar 2022 dengan meraih 11 kemenangan dan lima seri daripada 16 perlawanan.

Skuad bimbingan Lionel Scaloni itu akan menamatkan aksi kelayakan zon Amerika Selatan pada Rabu ini menentang Ecuador yang juga sudah mengesahkan tiket ke Piala Dunia Qatar 2022. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI