fbpx

Maut dalam perjalanan pulang ke rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang penunggang motosikal yang dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Taman Clonlee, di sini, maut, selepas terbabit dalam nahas dua buah motosikal di Seremban-Tampin, berhampiran sebuah restauren makanan segera, malam tadi.

TAMPIN – Seorang penunggang motosikal yang dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Taman Clonlee, di sini, maut, selepas terbabit dalam nahas dua buah motosikal di Seremban-Tampin, berhampiran sebuah restoran makanan segera, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8 malam itu, mangsa, Chong Yuet Fah, 57, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan paramedik yang tiba di lokasi kejadian.

Menurut orang awam yang ditemui, K Segar, 41, dia dan rakan yang mahu ke kedai makan terkejut sebaik melalui lokasi kejadian dan ternampak mangsa terbaring di tengah jalan.

“Saya dan rakan terus memberhentikan kenderaan di tempat selamat bagi membantu mengawal lalu lintas sementara menunggu polis tiba. Masa itu, saya masih nampak mangsa seolah-olah bernyawa kerana bahagian perutnya yang masih berombak.

“Tidak lama selepas itu, tiba-tiba darah keluar banyak dari mulut dan hidung mangsa. Selepas itu, mangsa sudah tiada reaksi. Mangsa ini dipercayai baharu habis kerja dan bekal air serta kasut kerjanya pun masih ada,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, di sini, malam tadi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Anuwal Ab. Wahab berkata, kemalangan berkenaan membabitkan dua buah motosikal iaitu motosikal yang ditunggangi mangsa jenis Honda RS dan motosikal jenis Yamaha Lagenda.

“Hasil siasatan mendapati mangsa dalam perjalanan dari Seremban menghala ke Tampin. Apabila sampai di tempat kejadian, semasa sedang membelok, tiba-tiba sebuah motosikal jenis Yamaha Lagenda yang datang dari arah yang sama telah melanggar bahagian sebelah kanan motosikal jenis Honda Rs.

“Akibat kemalangan, mangsa meninggal dunia ditempat kejadian dan dihantar ke Unit Forensik Hospital Tampin bagi tujuan bedah siasat untuk mengetahui punca kematian,” katanya.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan siasatan masih dijalankan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI