fbpx

‘Kita patut tarik minat anak murid, bukan suruh bawa balik’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video beberapa orang guru yang tampil memberi nasihat serta teguran kepada golongan pendidik agar bersikap profesional dalam menarik minat anak murid untuk belajar.

PETALING JAYA – Menjadi seorang guru harus bijak merangka strategi demi menarik perhatian murid-murid agar mereka berkeinginan untuk belajar di dalam kelas.

Terdahulu, tular kisah seorang ibu bernama Sofia Hussien yang berkongsi kekecewaan apabila guru di sebuah tadika memintanya untuk mengambil anaknya kerana sering menangis di dalam kelas sehingga mengganggu suasana pembelajaran.

Susulan daripada perkongsian tersebut, rata-rata orang ramai tidak bersetuju dengan tindakan guru berkenaan kerana tidak bersikap profesional dan tiada langsung usaha memujuk muridnya sehingga menyuruh ibu kanak-kanak itu membawanya pulang.

Sehubungan itu, beberapa orang guru tampil memberi teguran dan nasihat atas isu tersebut kerana sebagai seorang pendidik seharusnya bijak mengawal situasi dan ragam anak muridnya.

Bagi mereka, kejadian seperti itu tidak seharusnya berlaku di mana-mana sekolah memandangkan tugas guru adalah menarik minat muridnya untuk belajar bukan meminggirkan mereka.

Menerusi perkongsian seorang guru, @kaklizleg, dia menegur agar setiap guru perlu lebih sabar melayan karenah anak-anak murid terutamanya yang masih di peringkat prasekolah kerana mereka baru sahaja mengenali susana di sekolah.

“Murid prasekolah ini baru berusia lima hingga enam tahun, dan mereka memang jenis kuat merengek, jadi sebagai guru perlu sabar latih anak murid untuk sukakan sekolah, sukakan belajar,” katanya.

Selain itu, seorang lagi guru yang mesra dipanggil Cikgu Ayu menjelaskan kanak-kanak yang menangis pada peringkat awal sesi persekolahan mereKa adalah perkara normal dan seharusnya dikendalikan situasi tersebut dengan sebaik-baiknya.

“Kita sebagai guru ada belajar tentang bidang psikologi dan teknik pengajaran, jadi manfaatkan segala ilu tersebut ketika berhadap dengan anak murid di dalam kelas.

“Selama lima tahun saya mengajar, tak pernah pula hubungi ibu bapa minta bawa anak mereka pulang sebab tak tahan dengan ragam mereka,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI