fbpx

Kerajaan Selangor tubuh pasukan pemantau cerun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Izham (kanan) melakukan lawatan di Kelong Paradise Sabak Bernam di sini hari ini.

SABAK BERNAM – Kerajaan negeri akan menubuhkan pasukan petugas dalam waktu terdekat bagi memantau cerun berisiko tinggi yang boleh menyebabkan kejadian tanah runtuh di negeri ini.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani Selangor, Ir. Izham Hashim, perkara tersebut sudah dibawa dalam Mesyuarat EXCO Selangor.

Jelasnya, pasukan itu akan bekerjasama dengan Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia berikutan kejadian tanah runtuh dianggap isu serius yang perlu ditangani segera dan secara menyeluruh.

“Kita juga akan mengadakan mesyuarat khas tentang cerun disebabkan isu ini tidak diselaraskan sama ada di bawah kawal selia pihak berkuasa tempatan (PBT) atau Jabatan Kerja Raya (JKR),” katanya pada Majlis Perasmian dan Lawatan ke Kelong Paradise Sabak Bernam di sini hari ini.

Izham berkata, selain itu, kerajaan negeri juga mengadakan kerjasama dengan anak syarikat Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. (KSSB), SELGEM Sdn. Bhd. (SELGEM) yang akan membuat kajian untuk melihat cerun yang berpotensi dan berisiko runtuh.

Katanya lagi, faktor hujan berterusan dan tidak menentu menyebabkan sebahagian cerun di sesetengah kawasan mulai longgar dan berpotensi mengalami kejadian tanah runtuh.

Terdahulu, kerajaan negeri mengenal pasti lebih 150 cerun berisiko tinggi untuk berlaku tanah runtuh terutama sekitar Gombak, Ampang dan Hulu Langat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI