fbpx

Imej perempuan ‘telanjang’ dalam MV Chubb-E pula heboh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LAGI karya seni, kali ini sebuah video muzik artis tanah air dilihat mengandungi babak 'daring' yang tidak sesuai untu tontonan umum,

PETALING JAYA – Belum reda dengan isu video babak ranjang pelakon Zul Arifin dan Siti Hariesa, kini nama penyanyi meningkat naik Chubb-E pula menjadi perhatian netizen dalam media sosial.

Perkara tersebut mula menjadi bualan selepas beberapa keping foto berunsur lucah daripada sedutan video muzik (MV) lagu terbaharu Chubb-E berjudul Rambang tersebar.

Apa yang menjadi perhatian dan mengejutkan netizen, foto tersebut jelas memaparkan seorang model perempuan dalam MV terbabit yang duduk di samping Chubb-E dengan hanya memakai jaket menutupi lengan dan bahagian belakang badannya, sedangkan bahagian depan dan payu dara dibiarkan terdedah.

Tidak setakat itu, model cantik berwajah Pan Asia itu turut ditemani beberapa jejaka yang dipercayai penari dalam MV lagu tersebut.

Meninjau Instagram rasmi Chubb-E, rata-rata pengikut terkejut dan menyifatkan perkongsian teaser berdurasi 64 saat yang dimuat naik sejak beberapa hari lalu itu sebagai tidak sensitif.

“Wow, kau memang cari penyakit. Berani ya buat MV macam tu. Betul-betul memalukan.

“Gilalah, ini Malaysialah. Berani betul buat MV macam ni. Tak ada cara lain ke nak viral dan terkenal?,” tulis netizen.

Usaha Kosmo! untuk mendapatkan kenyataan daripada Chubb-E atau nama sebenarnya Muhammad Shahrul Ashlyn Awang Ashrul Affandy berhubung perkara tersebut masih belum berhasil sehingga kini.

Untuk rekod, lagu dan MV Rambang bakal dilancarkan esok di semua platform penstriman muzik.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI