fbpx

Ditahan selepas punggah 500 botol cecair vape seludup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebanyak 500 botol cecair vape seludup dirampas di dalam Mitsubishi Pajero di pangkalan haram Pulau Tengkorak, Pengkalan Kubor dekat Tumpat semalam. FOTO: IHSAN PGA

TUMPAT – Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas sebanyak 500 botol cecair vape yang diseludup dari Thailand selepas menahan dua lelaki yang menaiki sebuah kenderaan pacuan empat roda di pangkalan haram Pulau Tengkorak, Pengkalan Kubor di sini semalam.

Dalam serbuan kira-kira pukul 5 petang itu, kedua-dua lelaki berusia 32 dan 33 tahun dicekup selepas mereka memunggah kesemua cecair vape itu bernilai RM50,000 ke dalam sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Pajero.

Pegawai Pemerintah Medan PGA, Superintendan Azhari Nusi berkata, semasa menjalankan rondaan rutin menerusi Ops Wawasan, anggota PGA melihat kenderaan itu berada dalam keadaan mencurigakan di kawasan pangkalan haram berkenaan.

Menurutnya, anggota bertugas kemudian telah menahan dan melakukan pemeriksaan ke atas tubuh badan kedua-dua lelaki itu, namun tidak menjumpai barangan salah.

“Pemeriksaan lanjut diteruskan di dalam Mitsubishi Pajero itu sebelum menjumpai kotak-kotak mengandungi cecair vape yang dipercayai diseludup dari negara jiran.

“Siasatan awal mendapati, cecair tersebut dipunggah oleh penyeludup dalam kuantiti sedikit untuk mengelak daripada mengalami kerugian,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Azhari memberitahu, kesemua barangan rampasan termasuk kenderaan pacuan empat roda itu dibawa ke Kompeni Taktikal PGA, Kuala Jambu di sini untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI