fbpx

Cannavaro calon bimbing The Azzurri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CANNAVARO yang menjadi kapten ketika Itali menjulang Piala Dunia 2006 disebut sebagai bakal pengemudi baharu skuad The Azzurri. – AFP

MILAN – Nama bekas pemenang Piala Dunia, Fabio Cannavaro kini dicanang sebagai calon pilihan untuk melatih skuad kebangsaan Itali sekiranya Roberto Mancini melepaskan jawatannya.

Skuad The Azzurri kini dihimpit malapetaka selepas gagal ke pusingan akhir Piala Dunia buat kali kedua berturut-turut selepas tunduk 0-1 kepada Mace­donia Utara pada aksi playoff, kelmarin.

Menurut laporan media juga, selain Cannavaro, Persekutuan Bola Sepak Itali (FIGC) turut mempertimbangkan beberapa la­gi calon lain seperti Andrea ­Pirlo, Stefano Pioli dan Claudio Ranieri.

Walaupun pernah melakukan perbincangan dengan beberapa kelab di Eropah, Cannavaro pernah menegaskan yang Itali sentiasa menjadi destinasi pilihannya.

“Saya tidak boleh membuat pilihan salah apabila ia membabitkan kelab pertama di Eropah. Sejak beberapa tahun lalu, saya ada bercakap dengan Everton, Watford, Fiorentina dan skuad kebangsaan Poland.

“Namun, cita-cita saya adalah untuk menjadi jurulatih di Itali,” kata pemain pertahanan itu menerusi laporan sebelum ini.

Presiden FIGC, Gabriele Gravina dikatakan tidak akan memecat Mancini dan kini segalanya bergantung kepada jurulatih itu untuk menentukan masa depannya.

Namun, laporan juga menyebut yang bekas pengurus Manchester City serta Inter Milan itu hampir pasti akan melepaskan jawatannya.

Menurut laporan juga, FIGC sudah pun berhubung dengan Ranieri, namun Pioli yang juga menjadi calon sudah pun melanjutkan kontraknya bersama AC Milan sehingga 2023. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI