fbpx

Soon Huat-Shevon Lai terus kempunan gelaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SOON HUAT (kiri) dan Shevon Lai (kanan) terpaksa akur muncul naib juara Terbuka Switzerland selepas tewas kepada beregu Jerman di pentas final sebentar tadi.

KUALA LUMPUR – Beregu campuran profesional negara, Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai terpaksa akur gagal merangkul gelaran Terbuka Switzerland 2022.

Soon Huat-Shevon Lai terlepas peluang keemasan itu selepas bertarung sengit dengan beregu Jerman, Mark Lamsfuss-Isabel Lohau sebelum tewas 21-12, 18-21, 17-21 pada final di St. Jakobshalle, Basel sebentar tadi.

Ia adalah kekalahan pertama Soon Huat-Shevon Lai kepada Lamsfuss-Isabel selepas menang empat pertemuan terakhir dengan pasangan di ranking ke-15 dunia itu.

Kekalahan itu juga menyaksikan Soon Huat-Shevon Lai terus kemarau kejuaraan dalam tempoh empat tahun sejak menjuarai Terbuka Singapura dan Terbuka Jerman pada 2018.

Kegagalan Soon Huat-Shevon Lai menyaksikan tiada wakil negara berjaya menjulang gelaran Terbuka Switzerland selepas beregu lelaki, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani juga tewas di pentas final hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI