fbpx

Sze Fei-Nur Izzuddin tewas di final Terbuka Switzerland

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SZE FEI (depan) akan digandingkan bersama Hon Jian selepas mengambil keputusan berpisah dengan Nur Izzuddin bagi pasangan beregu lelaki negara.

KUALA LUMPUR – Hasrat beregu lelaki negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani mendakap gelaran kedua tahun ini tidak kesampaian.

Ia selepas beregu No. 18 dunia itu tewas 18-21, 19-21 kepada Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto dari Indonesia pada aksi final Terbuka Switzerland di Basel sebentar tadi.

Kekalahan itu menjejaskan impian Sze Fei-Nur Izzuddin untuk bergelar juara kejohanan antarabangsa buat kali kedua tahun ini selepas terdahulu memenangi Terbuka Jerman pada 13 Mac lalu.

Bagaimanapun, pujian harus diberikan kepada Sze Fei-Nur Izzuddin kerana memberi tentangan sengit kepada Fajar-Ardianto yang berada di ranking lebih tinggi iaitu No. 9 dunia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI