fbpx

7HM3, tolong jangan bosan – Netizen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DRAMA 7 Hari Mencintaiku musim ketiga akan menemui penonton pada Ramadan ini.

FRANCAIS drama fenomena 7 Hari Mencintaiku tidak perlu lagi diperkenalkan kepada umum. Jenamanya sudah cukup kuat pada hari ini.

Kini, drama karya Siti Rosmizah itu kembali untuk musim ketiga dan dikatakan akan ditayangkan pada bulan Ramadan nanti. Nampaknya ramai yang berbuka puasa bertemankan Shukri Yahaya dan Siti Saleha.

Sempat juga Diva meninjau reaksi peminat drama tersebut, kebanyakannya cukup teruja tetapi memberi amaran agar jalan cerita tidak sama seperti dua musim terdahulu iaitu kahwin paksa dan kemunculan orang ketiga yang tidak berkesudahan.

“Kalau isunya masih sama, Khuzairi dipaksa kahwin oleh Mak Leha, tak mahu tengok lagi cerita ini,” luah seorang penonton setia.

Berdebar juga nak tunggu jalan cerita drama kegilaan ramai ini. Harapnya tiada pengulangan plot ya. Bosan juga kalau kisah sama saja diketengahkan.

DIVA: Terhibur melihat gelagat murid tahun satu memulakan persekolahan mereka. Ada yang pergi sekolah comel, pulang ke rumah tudung jadi ala-ala ninja.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI