fbpx

3 menteri pertahanan bakal bincang perkukuh TCA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hishammuddin diiringi oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin melakukan 'walkabout' bersama pegawai-pegawai kanan Kementerian Pertahanan dan Kementerian Dalam Negeri meninjau lokasi pameran dan persidangan Defence Service Asia (DSA) 2022 yang ke-17 dan National Security (NATSEC) Asia yang diadakan di Pusat Dagangan dan Pameran Antarabangsa (MITEC) di sini hari ini. - FOTO: AMIR KHALID

KUALA LUMPUR – Perjanjian Kerjasama Trilateral (TCA) yang membabitkan tiga negara iaitu Malaysia, Indonesia serta Filipina bakal disusun dan ditambaik baik semula.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, penambahbaikan itu akan dilakukan menerusi satu pertemuan khas dalam Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA 2022) dan Keselamatan Kebangsaan Asia (NATSEC 2022) yang bermula esok.

Katanya, pertemuan tersebut akan melibatkan rakan sejawatnya dari Indonesia dan Filipina iaitu Prabowo Subianto dan Delfin Lorenzana.

“Saya dan kedua-dua pemimpin itu akan membincangkan perkara khusus berkaitan keselamatan maritim kawalan sempadan dan juga isu pengganas di kawasan terlibat serta ancaman yang dihadapi secara bersama.

“Ini adalah satu permulaan yang baik dalam aspek geopolitik kita dan dalam masa yang sama untuk berdepan ancaman membabitkan ketiga-tiga negara.

“Kita juga akan berbincang mengenai keselamatan di Laut Sulu dan pertemuan ini akan melibatkan Kementerian Dalam Negeri (KDN),” katanya dalam sidang akhbar selepas tinjauan persiapan akhir DSA 2022 dan NATSEC 2022 di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI