fbpx

10,000 kanak-kanak warga asing di Jepun tidak bersekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KANAK-KANAK warga asing mempelajari bahasa Jepun di Kani, Wilayah Gifu pada Februari lalu. - Kyodo

TOKYO – Satu kaji selidik oleh kerajaan mendapati kira-kira 10,000 kanak-kanak warga asing yang menetap di Jepun tidak mendapat pendidikan formal di sekolah, lapor laman berita News On Japan semalam. 

Kementerian Pendidikan Jepun dalam kaji selidiknya, melakukan tinjauan terhadap lebih 133,000 kanak-kanak warga asing pada peringkat usia sekolah rendah dan menengah rendah yang didaftarkan sebagai penduduk negara itu setakat Mei tahun lalu.

Menurut kementerian berkenaan, sejumlah 7.5 peratus daripada mereka atau seramai 10,046 kanak-kanak dipercayai tidak bersekolah.

Seramai 649 kanak-kanak pula tidak bersekolah di mana-mana sekolah rendah, menengah atau antarabangsa.

Terdapat 8,597 kanak-kanak yang status pendidikannya tidak dapat disahkan oleh pegawai-pegawai tempatan walaupun mereka cuba menghubungi melalui telefon, melakukan lawatan ke rumah atau kaedah lain. 

Kementerian itu menyatakan, bilangan kanak-kanak yang tidak menerima pendidikan di sekolah menurun hampir 50 peratus berbanding tinjauan sebelumnya pada 2019. Penurunan itu susulan kerja keras oleh pegawai-pegawai tempatan untuk mengatasi situasi tersebut. 

Menurut kementerian sama, pihaknya menggalakkan pegawai-pegawai tempatan menggunakan subsidi yang disediakan oleh kerajaan pusat dalam melakukan siasatan berhubung isu tersebut. Mereka juga digalakkan mengaji kakitangan khas seperti penterjemah dan guru bahasa Jepun bagi menangani isu tersebut. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI