fbpx

Wanita kecewa, gelang emas dipakai dikatakan palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video memaparkan gelang tangan emas tersebut melekat pada alat pengesan logam

PETALING JAYA – Seorang wanita terkejut apabila mendapati gelang tangan emas yang dimilikinya selama ini merupakan emas palsu.

Menurut perkongsian wanita itu di laman TikToknya, perkara itu diketahui sebaik sahaja dia mahu menggadai gelangan tangan berkenaan untuk dijadikan modal berniaga.

“Emas 916, tapi pekerja kedai itu kata aku gadai barang palsu. Macam nak teriak (menjerit) aku nak buat modal meniaga,” katanya.

Menurut wanita berkenaan dia berasa kecewa kerana dia sudah membawa gelang emas tersebut di sebuah bank dan pihak bank mengatakan bahawa gelang tersebut merupakan emas asli.

Melalui video tersebut, dilihat pekerja itu menggunakan alat pengesan logam pada gelang emas tersebut bagi memeriksa ketulenannya.

Menerusi ruangan komen, orang ramai bersimpati dengan nasib wanita itu dan menasihatkan wanita lain agar lebih berhati-hati membeli emas selepas ini.

“Tak boleh salahkan pekerja itu, mereka terlatih dan ikut prosedur. Cuba periksa dekat bahagian yang melekat, takut-takut termasuk besi halus di celah-celah gelang,” kata Zulkifli.

“Suami saya kerja di situ juga, katanya kalau emas betul takkan melekat. Mereka akan periksa dengan magnet dan banyak lagi mereka kena periksa supaya tak tersalah ambil gadaian,” kata Farahdiana.

“Dia hanya buat kerja dia sahaja, pergi balik ke kedai yang jual gelang dan minta penjelasan,” kata Lily. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI