fbpx

Verstappen mahu bangkit di Jeddah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VERSTAPPEN menganggap kegagalan di Bahrain sangat mengecewakan dan sedia untuk bangkit aksi di GP Arab Saudi nanti. – AFP

JEDDAH – Juara dunia Formula Satu, Max Verstappen tekad untuk melakar kebangkitan pada perlumbaan Grand Prix (GP) Arab Saudi di Litar Jeddah Corniche hujung minggu ini.

Pelumba pasukan Red Bull itu mengharungi aksi cukup me­ngecewakan pada GP Bahrain Ahad lalu apabila gagal menamatkan perlumbaan selepas jenteranya mengalami kerosakan mekanikal pada empat pusingan terakhir.

Justeru, Verstappen sedia menjadikan perlumbaan itu nan­ti sebagai medan terbaik bagi membuktikan kemampuan sebenar yang dimiliki jentera RB18 selepas gagal mendapatkan sebarang mata dalam perlumbaan sulung musim ini.

“Ia sangat mengecewakan ke­rana kami sentiasa mahu mendapatkan mata dalam perlumbaan. Saya tidak kisah jika kami tamatkan saingan di tempat pertama ataupun kedua dalam perlumba­an awal musim.

“Anda semua boleh lihat saya tidak paksa diri bersaing dengan Charles (Leclerc) pada perlumbaan itu, bermaksud saya gembira di tempat kedua. Bagaima­napun, kami gagal kutip sebarang mata selepas tamat ­perlumba­an,” luahnya.

Walaupun mahu menampilkan aksi lebih baik di Jeddah, namun pelumba Belanda itu tetap berwaspada kerana masih belum menyesuaikan diri sepenuhnya dengan litar baharu berkenaan.

“Litar Jeddah boleh dianggap masih baharu untuk kami dan boleh dikatakan memiliki trek yang amat pantas. Memandangkan jentera musim ini lebih berat, jadi amat menarik untuk disaksikan nanti,” kata Verstappen. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI