fbpx

Tiada maklumat terkini punca LKIM terlebih bayar elaun nelayan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Syed Abu Hussin Al-Fasal (dua kanan) menyampaikan sumbangan RM200 kepada salah seorang penerima ketika Program Back To School di Dewan Sungai Kerang, hari ini.

BUKIT GANTANG – Sikap waris yang tidak memaklumkan kepada Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) berhubung kematian ahli keluarga yang juga penerima Elaun Sara Hidup Nelayan (ESHN) merupakan antara faktor elaun itu terus dibayar melalui bank.

Selain itu, faktor tiada sistem sambungan secara terus antara LKIM dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) turut menjadi penyebabnya.

Pengerusi LKIM, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal berkata, pihaknya mengenal pasti kelemahan itu apabila LKIM masih lagi mengunakan kaedah manual dalam merekodkan kematian penerima ESHN.

“Saya pasti tiada sebarang penyelewengan atau ketirisan berlaku dalam LKIM, cuma sistem sedia ada (manual) kita tidak berhubung terus dengan JPN.

“Jika sebaliknya, maka dengan mudah kita boleh hentikan bantuan EHSN atau subsidi minyak kepada penerima yang sudah meninggal dunia,” katanya selepas merasmikan Program Kembali ke Sekolah Persatuan Nelayan Kawasan Sungai Tinggi, di Dewan Sungai Kerang, di sini hari ini.

Menurut beliau, pihaknya telah mengenal pasti kelemahan itu dan LKIM akan melakukan penambahbaikan dalam sistem sedia ada termasuk bekerjasama dengan JPN.

“Dalam semakan mendapati kes-kes tersebut banyak berlaku di Sabah dan Sarawak kerana kebanyakan mereka tinggal di pulau-pulau yang jauh. Pegawai-pegawai kita pun susah nak sampai ke sana dan menjadi punca laporan kes kematian penerima EHSN tidak dapat dilaporkan,” katanya

LKIM dikesan membayar Skim Subsidi Diesel dan Petrol berjumlah RM2.12 juta kepada pemilik vesel perikanan yang tidak mengisytiharkan hasil tangkapan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI