fbpx

Terminal baharu Feri Pulau Pinang siap sebelum Hari Merdeka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Teik Cheng ketika meninjau proses menaiktara kedua-dua terminal feri di Pulau Pinang hari ini.

SEBERANG PERAI – Terminal feri Pulau Pinang serba baharu dijangka beroperasi menjelang sambutan Hari Merdeka tahun ini apabila proses menaiktaraf dua buah terminal masing-masing di tanah besar dan bahagian pulau berjalan lancar.

Ia membabitkan penaiktarafan Pangkalan Sultan Abdul Halim di Butterworth di sini dan Pangkalan Raja Tun Uda di George Town dekat sini.

Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang, Datuk Tan Teik Cheng berkata, pihaknya berpuas hati dengan proses berkenaan yang berjalan seiring jadual asalnya yang dijangka siap pada Julai ini.

“Setakat ini ia sudah mencapai kira-kira 60 peratus dan kita jangka dapat disiapkan dalam tempoh tiga bulan atau sebelum Hari Merdeka.

“Pada tahun hadapan kita akan mula menggunakan lima buah feri baharu melalui peruntukan kerajaan pusat sebanyak RM30 juta,” katanya pada sidang akhbar di sini selepas melakukan tinjuan di kedua-dua terminal feri berkenaan hari ini.

Menurut Teik Cheng, apabila siap kelak, kedua-dia terminal berkenaan akan dilengkapi kemudahan serba moden dan lengkap termasuklah memenuhi keperluan orang kelainan upaya (OKU).

“Ruang menunggu feri akan dilengkapi pendingin udara dan karpet selain kemudahan bertaraf lapangan terbang antatabangsa. Ia boleh memuatkan 300 hingga 400 penumpang pada satu-satu masa,” katanya lagi.

Terdahulu, perkhidmatan feri ikonik Pulau Pinang yang membawa penumpang dan kenderaan ditamatkan sepenuhnya pada Disember 2020 bagi memberi laluan kepada perkhidmatan baharu.

Penggunaan feri bot laju bagi membawa penumpang dan feri Ro-Ro untuk membawa motosikal dan basikal ketika ini merupakan langkah interim sebelum feri bas air dan pengangkut kenderaan baharu digunakan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI