fbpx

Sedapnya selawat Ernie Zakri dodoi anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ERNIE ZAKRI

“Untungnya Khawla dapat ibu suara sedap, selawat pun rasa sejuk hati.”

Itu antara pujian yang menghujani Ernie Zakri selepas dia memuat naik video mengalunkan selawat I’tiraf ketika mendodoikan puteri sulungnya, Nur Khawla Soleha.

“Dodoikan Khawla dengan I’tiraf. Dia sukakannya!” kata Ernie dalam sebuah video TikTok sehingga ramai yang memuji dan meminta Ernie melancarkan album selawat dan zikir.

“Ernie hasilkanlah album zikir. Nanti saya beli dan beri anak-anak dengar,” pinta seorang netizen.

Selain selawat, video Ernie menyanyikan lagu Buai Laju Laju yang merupakan runut bunyi filem Upin Ipin: Keris Siamang Tunggal turut meraih pujian ramai.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI