fbpx

Saya dijemput masyarakat tempatan Pulau Pinang – Najib Razak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Najib Tun Razak (tengah) ketika mengadakan perjumpaan bersama Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang di Pejabat Perhubungan UMNO negeri di Georgetown, Pulau Pinang.

GEORGE TOWN – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjelaskan kedatangannya ke negeri ini selama dua hari adalah atas jemputan masyarakat tempatan dan tiada kaitan dengan Dewan Perniagaan Cina Pulau Pinang (PCCC).

Najib berkata, beliau sendiri berasa teruja dengan sambutan masyarakat Cina di negeri itu yang diterina terhadapnya yang dilihat amat positif terutama di kawasan Jelutong dan Jeti Chew di sini.

“Saya dijemput masyarakat tempatan ke Pulau Pinang, tidak ada kena mengena dengan PCCC. Saya tidak tahu pasal apa dia (Presiden PCCC) mahu buat kenyataan sedangkan sambutan di peringkat tempatan boleh dikatakan baik.

“Jadi tidak perlu saya lalui PCCC kerana saya dengan rakyat,” katanya selepas menghadiri perjumpaan bersama Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang di sini hari ini.

Presiden PCCC, Hong Yeam Wah menafikan tanggapan masyarakat Cina di Pulau Pinang mengalu-alukan lawatan Najib ke negeri ini.

Ini selepas Presiden Persekutuan Persatuan Keturunan Zhang Malaysia, Anthony Chang Wei Loon berkata, dia mengalu-alukan kedatangan Najib bagi pihak masyarakat Cina Pulau Pinang pada majlis yang diadakan semalam.

Yeam Wah berkata, PCCC tidak mungkin menjemput atau mengalu-alukan Najib yang telah disabitkan kesalahan rasuah ke Pulau Pinang kerana ahli-ahli perniagaan mengutamakan integriti.

Menurut Najib, menerusi lawatannya itu, beliau dapat merasakan bahawa pada zahirnya masyarakat Cina di Pulau Pinang mula berubah dan menyokong Barisan Nasional (BN).

Diminta mengulas sama ada sambutan rakyat di Pulau Pinang itu menyebabkan DAP negeri berasa tergugat, beliau enggan mengulas lanjut.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI