fbpx

Ramai nak suami macam Fattah Amin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAYA Fattah memperbetulkan tudung Fazura dicemburui ramai,

AKSI romantis pasangan Fattah Amin dan Fazura tidak perlu diperkatakan lagi. Mereka sememangnya popular dengan gelaran Malaysian’s sweetheart.

Baru-baru ini Fattah dipuji ramai apabila gelagatnya membetulkan tudung isteri tercinta di sebuah acara sehingga digelar suami mithali.

Difahamkan, tindakan pelakon drama Hero Seorang Cinderella itu bagi membetulkan posisi tudung Fazura yang kelihatan senget agar kelihatan cantik dalam gambar.

Kebanyakan netizen khususnya dalam TikTok memuji Fattah dan ada juga yang memasang impian untuk memiliki seorang suami sepertinya.

“Inilah bukti seorang wanita bertemu lelaki yang tepat dalam hidupnya,” puji pengguna TikTok.

“Nak suami macam Fattah,” komen netizen lain.

Video yang dimuat naik dalam akaun TikTok @sayangselaseh itu meraih lebih 180,000 tontonan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI