fbpx

Portugal lepasi halangan pertama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RONALDO berpeluang untuk beraksi di Piala Dunia buat kali kelima selepas Portugal hanya perlu menewaskan Macedonia Utara untuk mendapatkan slot. – AFP

LISBON – Kemenangan 3-1 ke atas Turki di Stadium Dragao, awal pagi semalam terus menghidupkan cita-cita besar Cristiano Ronaldo untuk beraksi di pentas Piala Dunia di Qatar, November ini.

Portugal bermula cemerlang apabila mendahului dua gol di babak pertama menerusi Otavio dan Diogo Jota sebelum Matheus Nunes turut mencipta nama selaku penjaring, manakala gol tunggal Turki dihasilkan oleh Burak Yilmaz.

Selepas dikecewakan Serbia untuk layak lebih awal pada pe­ringkat sebelum ini, hasrat skuad Selecao yang dikendalikan oleh Fernando Santos beraksi di Qatar kini hanya dipisahkan satu lagi perlawanan menentang Macedonia Utara, awal pagi Rabu ini.

“Ini adalah perlawanan akhir. Final sentiasa menjanjikan aksi yang cukup sukar. Kami sudah pun menang aksi pertama dan kami kini perlu memenangi per­lawanan kedua (menentang Ma­cedonia Utara) selepas ini.

“Kami akan terus fokus kepada Macedonia Utara dan saya percaya ia juga menjanjikan perlawanan yang sukar buat kami. Ini kerana, mereka berjaya menewaskan Itali, sudah pasti tugas sukar turut menanti kami,” kata Santos.

Ketika ramai yang menjangkakan Portugal bakal membuat perhitungan dengan Itali, Ma­cedonia Utara mencipta kejutan selepas jaringan Aleksandar Trajkovski menyaksikan juara Eropah itu gagal ke pusingan akhir Piala Dunia buat kali kedua. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI