fbpx

Pelatih AMD tidak sempat sambut hari lahir ke-14

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SADARIAH (kanan) bersama dua anaknya melihat gambar Muhammad Saiful di rumahnya di Kampung Padang Temu, Batu 48, Baling, semalam.

BALING – Pelatih Akademi Bola Sepak Negara Mokhtar Dahari (AMD), Muhammad Saiful Ezzuddin Mustafa yang mati lemas di Sungai Limau di sini kelmarin tidak sempat menyambut ulang tahun kelahirannya ke-14 pada semalam.

Ibunya, Sadariah Mohd. Hassan, 48, berkata, kebiasaannya anak bongsu daripada empat beradik itu menyambut hari lahirnya bersama rakan-rakannya di AMD di Gambang, Pahang.

Katanya, kakak Muhammad Saiful Ezzuddin iaitu Nor Aina Shafina, 18, dan Nur Iliana Safina, 14, pula menguruskan penghantaran hadiah kepada adik mereka itu.

“Sepatutnya hari ini (semalam) adalah hari kelahirannya (Muhammad Saiful Ezzudin) tetapi kami tidak sempat me­raikannya bersama-sama kerana dia pergi lebih awal.

“Walaupun sedih kehilangan anak bongsu kesayangan, namun kami sekeluarga reda dengan ketentuan Ilahi,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Padang Temu, Batu 48 di sini semalam.

MUHAMMAD SAIFUL EZZUDDIN

Mayat Muhammad Saiful Ezzuddin dijumpai di dalam paip penyedut pasir sungai kira-kira pukul 5.46 petang kelmarin.

Mangsa dilaporkan lemas selepas mandi di Sungai Ketil berhampiran Kampung Teluk Sungai Durian di sini bersama beberapa rakannya pada pukul 1 tengah hari kelmarin.

Sadariah memberitahu, anak lelakinya itu pulang ke kampung ketika cuti semester pada 19 Mac lalu dan dijangka pulang ke AMD pada Ahad ini.

“Saya tidak menyangka kepulangannya pada kali ini adalah yang terakhir apabila ditemui lemas ketika mandi di sungai bersama rakan-rakannya,” ujarnya.

Bagaimanapun, menurutnya, anaknya yang pendiam dan ringan tulang tidak menunjukkan perubahan ketara sejak pulang ke rumah minggu lalu.

Menurutnya, arwah menjadi harapan keluarga dalam sukan bola sepak.

Tambahnya, jenazah anak­nya masih berada di Hospital Sulta­nah Bahiyah, Alor Setar akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Te­luk Sungai Durian di sini. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI