fbpx

‘Mafia’ minyak masak muncul di Indonesia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENJUAL terpaksa membeli minyak pukal yang tidak mempunyai jenama dan tidak dibungkus. - Jakarta street food/ Youtube.

JAKARTA – Konflik pencerobohan Rusia ke atas Ukraine telah menjejaskan bekalan minyak sayuran di Indonesia dan menyebabkan harga minyak sawit menjadi lebih mahal, lapor laman berita Thaiger kelmarin.

Pada November tahun lalu, harga minyak sawit global adalah sekitar AS$1,300 (RM5,489) setan, namun kini meningkat kepada AS$1,600 (RM6,756) setan.  

Pihak berkuasa Indonesia cuba mengawal harga minyak masak pada harga 14,000 rupiah (RM4.12) untuk satu liter di seluruh negara. Bagaimanapun, ramai peruncit dilaporkan terus menjual komoditi tersebut melebihi harga siling yang ditetapkan.

Situasi itu juga mengundang kemunculan ‘mafia’ minyak masak terdiri daripada peniaga dan pembekal yang cuba memanipulasi bekalan dengan tujuan untuk menaikkan harga minyak masak di pasaran. 

Selepas serbuan dilakukan pada minggu lalu, polis mendapati sekurang-kurangnya tiga gudang bertindak menyorok minyak masak di utara Sumatera.

Dua gudang itu adalah milik pasar mini yang terkenal di Indonesia. Sebuah gudang lain pula merupakan milik sebuah syarikat yang bergabung dengan salah satu kumpulan syarikat terbesar Indonesia, Salim group.

Menteri perdagangan Indonesia, Muhammad Lutfi kini berusaha keras untuk membanteras kegiatan berkenaan.

“Kami sedang mengawal dan akan menghapuskannya,’’ kata beliau.

Awal bulan ini, pemerintah mengumumkan bahawa syarikat-syarikat minyak sawit mesti menjual 30 peratus daripada eksport yang dirancang mereka di dalam negara. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI