fbpx

Lima beranak makan nasi lauk kicap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BOKHARI menunjukkan keadaan rumahnya di Kampung Sungai Ara di Mentakab dekat Temerloh yang rosak akibat banjir besar tiga bulan lalu.

TEMERLOH – Kerosakan rumah pusaka akibat banjir tiga bulan lalu menyebabkan Bokhari Sa­wal, 58, membawa anak dan isterinya berpindah dan menyewa rumah lain sementara kediaman mereka siap dibaiki.

Bagaimanapun, setelah tiga bulan, tiada tanda-tanda rumah pusaka di Kampung Sungai Ara, Mentakab dekat sini, dapat dibaiki menyebabkan bapa kepada lima anak itu berasa tertekan kerana tidak lagi mampu membayar sewa rumah sebanyak RM500 sebulan.

Bokhari berkata, dia hanya bekerja kampung dan pendapatannya tidak tetap ditambah de­rita penyakit jantung dan gout menyebabkan dia tidak mampu bekerja melebihi had.

“Pendapatan berdasarkan kepada ‘ada kerja ada gaji’ sebagai tukang cat rumah secara bermusim untuk membesarkan lima anak yang masih kecil termasuk tiga bersekolah rendah.

“Kadang kala kami hanya makan nasi berlaukkan kicap dan telur,” katanya di sini semalam.

Menurutnya pada masa ini dia mendapat bantuan sebanyak RM300 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat(JKM) yang digunakan untuk membeli keperluan makanan harian mereka.

Bokhari mengakui dengan kea­daannya yang menderita pelbagai penyakit sehingga tidak dapat bekerja kuat menyebabkan isterinya, Roskatinah Varia, 48, menjual kuih bagi menampung perbelanjaan keluarga.

Sehubungan itu, dia merayu pihak berkuasa dapat membantu membaiki rumah pusaka yang banyak retak dan tidak stabil akibat pergerakan tanah di kampung Sungai Ara Mentakab.

Katanya, pembaikan segera rumah berkenaan amat bermakna kerana dia tidak mampu menanggung sewa rumah.

Bagi mereka yang ingin membantu boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Maybank 1560-2027-1251 (Bokhari Sawal) atau menghubunginya di talian 011-29365452. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI