MELAKA – Seorang lelaki maut dalam keadaan menyayat hati apabila tersangkut antara penghadang besi dan pokok dalam kemalangan di Jalan Krubong Tampoi, di sini hari ini.
Dalam kejadian pukul 10.35 pagiitu, mangsa, Firdaus Shah Zainal, 18, meninggal dunia di lokasi akibat cedera parah di badan dan kepala.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik negeri Superintendan Hasan Basri Yahya berkata, ketika kejadian, mangsa yang menunggang motosikal jenis Modenas Kriss dalam perjalanan menghala ke Jalan Perindustrian Krubong-Tampoi.
“Setibanya di lokasi tersebut, motosikal mangsa hilang kawalan sebelum terbabas dan melanggar penghadang besi.
“Akibat pelanggaran itu, mangsa terpelanting dan tersangkut antara penghadang besi dan pokok di tepi jalan,” katanya.
Mangsa telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan. -KOSMO! ONLINE