fbpx

Lawatan rasmi pertama Ismail Sabri ke Qatar dan UAE

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri.

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan mengadakan kunjungan menghadap pemerintah Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad al-Thani sempena lawatan rasmi pertamanya ke Qatar dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) oada 27 hingga 31 Mac ini.

Kementerian Luar Negeri (KLN) berkata, agenda utama yang akan dibincangkan dalam kunjungan tersebut adalah mengenai pengukuhan hubungan dua hala Malaysia-Qatar yang sedia terjalin dalam pelbagai bidang kerjasama.

“Kedua-dua pemimpin akan menetapkan hala tuju kerjasama ekonomi dan usaha pemulihan pasca-pandemik selain bertukar pandangan mengenai isu-isu antarabangsa yang penting.

“Perdana Menteri juga akan membuat sesi libat urus dengan komuniti perniagaan dan Keluarga Malaysia di Doha,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau akan diiringi Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah, Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid; Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Arthur Joseph Kurup dan Pengerusi Felda, Datuk Seri Idris Jusoh.

Menurut KLN, di Emiriah Arab Bersatu pula, Perdana Menteri dijadual mengadakan kunjungan menghadap Putera Mahkota Abu Dhabi, Sheikh Mohamed Zayed Al Nahyan dan Timbalan Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera UAE.

“Beliau juga akan bertemu dengan Perdana Menteri UAE dan pemerintah Dubai, Sheikh Mohammed Rashid Al-Maktoum dan menyentuh pelbagai kemajuan bidang kerjasama antara kedua-dua
negara termasuk dalam menangani pandemik Covid-19 juga usaha pemulihan pasca pandemik

“Isu-isu antarabangsa juga akan dibincangkan dan semasa di Dubai, Perdana Menteri akan melawat Pavilion Malaysia di Expo 2020 Dubai serta bertemu dengan komuniti perniagaan dan Keluarga Malaysia,” ujarnya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI