fbpx

Itali gagal ke Piala Dunia sekali lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ITALI gagal layak ke pusingan akhir Piala Dunia selepas tewas mengejut kepada Macedonia Utara. – AFP

MILAN – Jaringan pada masa kecederaan terus menghadirkan malapetaka buat Itali apabila tewas 0-1 kepada Macedonia Uta­ra sekaligus tersingkir daripada perebutan slot ke Piala Dunia di Qatar November ini.

Ketika ramai yang menjangkakan Itali selaku juara Eropah bakal menentang Portugal pada perlawanan penentuan, Aleksandar Trajkovski muncul wira Macedonia Utara untuk mencipta kejutan besar pada kempen kelayakan kali ini.

Pengendali Itali, Roberto Mancini menyifatkan kegagalan skuad The Azzurri layak ke Piala Dunia buat kali kedua berturut-turut nyata sukar digambarkan dengan kata-kata.

“Agak sukar untuk menjelaskan tentang perlawanan ini kerana jaringan pasukan lawan hadir selepas kami berjaya mempertahankan gol daripada bolos sepanjang 90 minit.

“Pasukan ini dibarisi pemain hebat dan saya meminta maaf kerana kami sebenarnya tidak layak untuk dapat keputusan ini. Sekarang masih terlalu awal untuk bercakap mengenai masa depan dan kami perlu terima kekalahan ini,” kata Mancini.

Nada sama juga turut diluahkan pemain tengah Itali, Marco Verratti yang menyifatkan kekalahan itu sebagai bencana dan seluruh pasukan perlu segera terima hakikat.

“Sukar untuk dijelaskan dan ini adalah mimpi buruk. Melihat kepada bilik persalinan, kami memang miliki pemain yang mampu mencabar kejohanan ini, namun sekarang kami berdepan bencana.

“Kami pernah ada pengalaman istimewa dan saya akan terus berbangga dengan rakan sepasukan. Dalam bola sepak, kamu perlu menjaringkan gol tetapi selepas pemain buat segala-galanya, kami masih gagal me­lakukannya.

“Persoalannya kepada diri kami sekarang, adakah kami bernasib malang atau pun kami sebenarnya tidak layak,” jelas­nya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI