fbpx

Dua lelaki tular halang ambulans direman dua hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penunggang motosikal dan pemandu van yang menghalang laluan ambulans direman dua hari.

KLANG – Dua lelaki yang tular menghalang laluan sebuah ambulans menghantar pesakit dialisis di Jalan Tepi Sungai Klang di sini, direman dua hari bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, tempoh reman ke atas dua suspek berusia 30 dan 53 tahun itu dikeluarkan oleh Mahkamah Klang hari ini.

“Reman ke atas mereka dibenarkan selama dua hari sehingga esok.

“Punca awal kejadian itu dipercayai kerana tidak berpuas hati ketika ditegur oleh pihak ambulans,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, siasatan lanjut masih dijalankan pihaknya mengikut Seksyen 279 dan 341 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, Kosmo Online! melaporkan tindakan dua lelaki bertindak ala samseng jalanan yang tular menghalang laluan sebuah ambulans menghantar pesakit dialisis membawa padah apabila dicekup pukul 4 petang semalam di sekitar Klang. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI