fbpx

Digitalisasi pengguna ubah gaya hidup masyarakat dalam norma baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri (kanan) ketika merasmikan Sambutan Hari Pengguna Kebangsaan 2022 di sini hari ini.

KUALA LUMPUR – Proses digitalisasi pengguna yang dilaksanakan ketika ini telah menjadi alternatif dalam mengadaptasi
perubahan gaya hidup dalam norma baharu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, digitalisasi ini dapat dilihat dengan penggunaan medium atas talian bagi tujuan urus niaga, mesyuarat serta sesi pembelajaran.

Beliau berkata, penggunaan sistem seperti QR Pay, Pay wave, dan pembayaran secara ‘online banking’ juga menjadi pilihan utama masa kini yang secara tidak langsung memacu pengguna ke arah digitalisasi yang optimum.

“Penganjuran HPK kali ini memberi penekanan kepada perkembangan dan penggunaan teknologi yang telah mengambil alih kaedah urus niaga secara konvensional.

“Tanpa sedar, proses digitalisasi pengguna berlaku secara tidak langsung dan menjadi alternatif dalam mengadaptasi
perubahan gaya hidup dalam norma baharu,” katanya pada majlis Sambutan Hari Pengguna Kebangsaan 2022 di sini hari ini.

Turut hadir, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Ale­xander Nanta Linggi. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI