fbpx

Defoe umumkan persaraan rasmi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DEFOE (kiri) mengumumkan persaraan dari bola sepak pada usia 39 tahun selepas 22 tahun terlibat dalam saingan bola sepak profesional. – AFP

LONDON – Bekas penyerang England, Jermain Defoe akhirnya membuat keputusan menggantung but pada usia 39 tahun.

Defoe yang pernah beraksi untuk Tottenham Hotspur sebelum ini membuat keputusan kembali ke Sunderland buat kali kedua, namun faktor usia membataskan aksinya sekali gus membuat keputusan bersara.

Dia yang memiliki 57 kap antarabangsa bersama The Three Lion berjaya meledak 20 gol untuk pasukan itu dan dianggap antara penyerang yang cukup disegani apabila mengumpul 162 gol dalam saingan Liga Perdana Inggeris sepanjang kariernya.

“Selepas 22 tahun berada dalam dunia bola sepak, saya membuat keputusan untuk bersara. Ia bukanlah keputusan yang mudah tetapi selepas berbincang dengan keluarga, saya fikir ini adalah yang terbaik.

“Saya memulakan debut dalam bola sepak profesional pada usia 17 tahun pada 1999 dan saya fikir ini adalah masa yang sesuai untuk mengundurkan diri. Bola sepak menemukan saya dengan ramai orang yang menakjubkan.

“Bola sepak akan sentiasa menjadi darah daging saya kerana dia membuatkan saya mampu menikmati kepuasan dan rasa bangga apabila kembali melihatnya ke belakang.

“Saya akan menghabiskan banyak masa bersama keluarga selepas ini dan akan beralih ke fasa lain dalam kehidupan,” katanya menerusi laman Twitter.

Defoe terlibat dalam 731 perlawanan bola sepak di peringkat kelab dan berjaya menjaringkan 286 gol.

Dia menikmati prestasi terbaiknya ketika bersama Spurs apabila meledak 143 gol ke­seluruhan selain pernah beraksi untuk beberapa pasukan West Ham United, Bournemouth, Sunderland, Rangers dan Toronto FC. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI