fbpx

5 batang pokok ketum beri pulangan RM1,500

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zahidi (tengah) ketika ditemui di Pusat Media Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia Perlis di sini hari ini.

KANGAR – Penanaman ketum mampu memberi pulangan lumayan kepada penduduk luar bandar dalam tempoh singkat sekiranya mendapat kelulusan kerajaan untuk mengusahakan tumbuhan tersebut secara sah.

Menurut Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin, lima batang pokok ketum sahaja mampu menghasilkan pulangan sehingga RM1,500.

Katanya, pendapatan tersebut dapat membantu meningkatkan pendapatan penduduk contohnya kepada pekebun kecil yang mempunyai pendapatan tidak menentu.

“Semasa jadi pengerusi Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda), kita membelanjakan kira-kira RM160 juta setahun bagi membantu pekebun kecil getah atau RM500 untuk pekebun kecil getah.

“Sekiranya kerajaan membenarkan perusahaan ketum secara sah, ia mampu mengurangkan perbelanjaan negara, dan meningkatkan ekonomi penduduk luar bandar khususnya,” katanya ketika ditemui di Pusat Media Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia Perlis di sini hari ini.

Menurutnya, beliau juga maklum terdapat pihak yang menyerahkan memorandum meminta kerajaan memberikan kebenaran untuk mengusahakan ganja dan ketum secara sah.

Katanya lagi, kedua-dua tanaman tersebut juga mempunyai kegunaan yang sangat banyak termasuk diproses untuk dijadikan makanan haiwan sekali gus mampu mengurangkan kos input pertanian.

“Banyak kajian yang dilakukan menunjukkan tanaman ganja dan ketum mempunyai kelebihan terhadap haiwan ternakan seperti lembu dan kambing dan kini kita melihat kajian dilakukan ke atas tumbuhan itu untuk dijadikan makanan ayam.

“Dari sudut perubatan pula, produk tanaman ganja seperti minyak Cannabidiol (CBD) turut mempunyai kelebihan untuk dijadikan ubat pelbagai jenis kanser dan mungkin boleh diberikan secara percuma berbanding harga sekarang mencecah sehingga RM300 sebiji,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI