fbpx

Warga Afrika antara 39 PATI ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara PATI yang ditahan menerusi Op Selera di Taman Puchong Prima, semalam.

PUCHONG – Warga Afrika antara 39 pendatang asing tanpa izin (PATI) yang ditahan dalam serbuan Ops Selera di Taman Puchong Prima, di sini malam tadi.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata, dalam operasi pada pukul 8.15 malam itu, pihaknya memeriksa seramai 58 individu terdiri daripada 20 warga tempatan dan 20 warga asing.

“Hasil pemeriksaan, seramai 39 warga asing termasuk 25 warga Afrika diberkas,” katanya.

Khairul Dzaimee memberitahu, seramai 13 wanita turut ditahan membabitkan 10 warga Thailand dan tiga warga Indonesia berusia 20 hingga 40 tahun.

“Hasil semakan yang dilakukan mendapati semua warga asing yang ditahan tidak mempunyai pasport. Mereka ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Akta Imigresen 1959/63,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI