fbpx

Urus niaga gas asli hanya guna mata wang Rusia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang pekerja bertugas di saluran paip gas asli luar pesisir Rusia. - Radio Free Europe

LONDON – Harga gas asli di Britain mengalami kenaikan mendadak selepas Presiden Rusia, Vladimir Putin mengumumkan hanya akan menerima bayaran dalam mata wang rubel dari senarai negara yang ‘tidak mesra’ dengan Moscow.

Menurut laporan akhbar Daily Mail, langkah itu adalah tindak balas Kremlin selepas beberapa negara Barat mengenakan pelbagai sekatan ke atas Rusia.

“Rusia akan terus membekalkan gas asli mengikut volum dan harga yang telah termeterai dalam kontrak sebelum ini.

“Satu perubahan yang berlaku adalah Rusia hanya akan menerima bayaran dalam mata wang rubel bagi beberapa negara, bersesuaian dengan sekatan yang dikenakan mereka ke atas Kremlin,” tegas Putin.

Senarai negara ‘tidak mesra’ adalah termasuk Amerika Syarikat, Britain, Jepun, Kanada, Norway, Singapura, Korea Selatan, Switzerland dan Ukraine.

Tambah Putin, sekatan yang dikenakan oleh Barat telah memusnahkan kepercayaan Moscow untuk bekerjasama dalam banyak hal termasuk perdagangan antarabangsa.

Harga gas borong di Britain untuk penghantaran hari-hari akan datang meningkat sebanyak 18 peratus manakala harga musim sejuk 2022 meningkat 11 peratus.

Putin berkata, kerajaan dan bank pusat mempunyai masa seminggu untuk mencari penyelesaian tentang cara memindahkan operasi itu kepada mata wang Rusia manakala  syarikat gergasi gas, Gazprom akan diarah membuat perubahan yang sepadan dengan kontrak gas.

Perubahan kontrak itu mungkin bermakna pelanggan Eropah perlu merundingkan semula perjanjian yang kebanyakannya dalam mata wang euro. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI