fbpx

Siasatan kes konvoi kereta mewah hampir lengkap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video yang menunjukkan Ford Ranger menghimpit konvoi kenderaan mewah sehingga berlaku perlanggaran dalam kejadian di susur keluar Sedenak, Kulai pada 18 Mac lalu.

JOHOR BAHRU – Polis Johor telah mengambil keterangan seramai 11 individu yang terlibat dalam isu konvoi kereta mewah yang menghalang laluan di Kilometer 34, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran susur keluar Sedenak, Kulai, Jumaat lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, antara yang turut diambil keterangan termasuklah pemandu kenderaan Ford Ranger yang merupakan seorang wanita berusia 28 tahun.

Katanya, siasatan berhubung kes berkenaan hampir selesai dan ianya akan dirujuk kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk langkah selanjutnya.

“Berhubung kes melibatkan konvoi kenderaan mewah dan sebuah kenderaan pacuan empat roda itu, kita sudah selesai mengambil keterangan kesemua pihak terlibat.

“Buat masa ini siasatan dijalankan melibatkan tiga elemen iaitu kerana merusuh, menghalang lalu lintas dan pemandu pacuan empat roda berkenaan ada buat laporan polis mengatakan dia dipukul dan ditumbuk, itu pun kita siasat,” katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI