fbpx

Salah ditawarkan kontrak lumayan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SALAH dilaporkan sedang diburu oleh Juventus yang memberikan tawaran lumayan ketika rundingan kontrak baharu bersama Liverpool masih tergantung. – AFP

LIVERPOOL – Juventus dilaporkan bersedia dengan tawaran mega untuk bintang Liverpool, Mohamed Salah bagi meman­cing pemain itu untuk menyertai mereka di Turin pada musim panas nanti.

Pemain antarabangsa Mesir itu bakal memasuki tahun ter­akhir kontraknya yang akan tamat pada Jun 2023 dan run­dingan kontrak baharu bersama kelab itu dikatakan masih belum menemui kata putus.

Juventus terdesak untuk mendapatkan Salah selepas me­reka hampir pasti kehilangan penggempur utama, Paulo Dybala selepas perbincangan me­ngenai perjanjian baharu gagal dimeterai.

Pemergian Dybala dan peng­hijrahan Cristiano Ronaldo musim lalu menyaksikan Juventus berjaya mengimbangi per­belanjaan mereka dan memiliki lebihan dana serta berkemam­puan untuk memenuhi segala permintaan Salah.

The Old Lady dilaporkan bersedia menawarkan pendapatan sebanyak £10 juta (RM55.78 juta) semusim kepada pemain berusia 29 tahun itu dengan kontrak selama empat tahun.

Bagaimanapun, Juventus akan berdepan cabaran untuk memujuk Liverpool untuk melepaskan Salah pada harga yang berpatutan ketika kelab itu pastinya mahukan nilai yang lebih sepadan dengan prestasi dipamerkan pemain itu.

Salah sebelum ini didakwa meminta gaji mingguan sebanyak £400,000 (RM2.23 juta) untuk memastikan dia menandatangani kontrak baharu di Anfield menyebabkan rundingan tersebut tergantung.

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp mendakwa rundingan berkenaan masih berjalan tetapi laporan menyebut bahawa tidak ada perbincangan dijalankan sehingga kini sejak Disember tahun lalu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI