fbpx

Ribut petir, hujan lebat landa 8 negeri petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Penduduk di lapan negeri dinasihatkan berwaspada susulan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia(MetMalaysia) dalam satu kenyataan berkata, keadaan cuaca itu dijangka melanda di seluruh negeri Perlis, Kuala Lumpur dan Kedah melibatkan sekitar Langkawi, Kubang Pasu, Padang Terap, Sik dan Baling.

“Selain itu, cuaca yang sama melanda negeri Perak di daerah Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim.

“Sementara itu, hujan lebat dijangka berlaku di Selangor melibatkan Hulu Selangor, Gombak serta Hulu Langat manakala di Johor pula termasuk Segamat, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru,” ujarnya.

Jelas MetMalaysia, keadaan cuaca buruk turut melanda negeri Pantai Timur melibatkan kawasan Jeli serta Kuala Krai di Kelantan dan Terengganu termasuk Besut, Setiu, Hulu Terengganu dan Dungun.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI