fbpx

Remaja dicekup berdua-duaan di bilik persalinan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar memaparkan senario dua remaja belasan tahun ditangkap berdua-duaan di bilik persalinan di Jawa Timur. - Instagram

JAKARTA – Dua remaja berusia belasan tahun ditangkap berdua-duaan di sebuah bilik persalinan di bandar Pasuruan, Jawa Timur, lapor laman berita Suara.com.

Video yang dimuat naik menerusi akaun Instagram bernama @infomalang24jam itu dirakam oleh seorang wanita yang turut berada di tempat kejadian. 

Kedua-dua remaja berkenaan didapati tidak berpakaian ketika diserbu oleh orang awam. 

Kelihatan seorang lelaki yang memakai topi sedang mengarahkan dua remaja tersebut keluar dari bilik berkenaan. Seorang remaja lelaki berseluar pendek kemudian dilihat keluar.

Wanita yang merakam video itu kemudian bertanyakan keberadaan remaja perempuan tersebut.

“Orangnya masih remaja. Perempuannya mana? Tak pakai baju pula,’’ ujar wanita berkenaan.

Lelaki bertopi kemudian memeriksa bilik tersebut sekali lagi sebelum mengarahkan remaja perempuan itu keluar. 

Muat naik tersebut mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Adik, cinta tak selamanya indah,’’ tulis seorang netizen.

“Segera bertindak bos,’’ komen netizen lain. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI