fbpx

Putrajaya terus catat penggunaan katil ICU tertinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Peratusan penggunaan katil kes kritikal atau Unit Rawatan Rapi (ICU) di Putrajaya mencatatkan sebanyak 100 peratus menjadikannya yang tertinggi berbanding negeri-negeri lain sejak kelmarin.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, ia diikuti oleh Kuala Lumpur (67 peratus), Selangor (59 peratus), Perlis (peratus), Johor (53 peratus), dan Kelantan (52 peratus).

“Bagi katil bukan ICU pula sebanyak lapan negeri mencatatkan penggunaan melebihi 50 peratus iaitu Selangor (79 peratus), Putrajaya (72 peratus), Kuala Lumpur (64 peratus), Terengganu (60 peratus), Melaka (59 peratus), Perak (57 peratus), Sarawak (55 peratus), dan Negeri Sembilan (54 peratus).

“Tiada peningkatan penggunaan katil di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) di seluruh negara bagaimanapun jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan bantuan alat pernafasan meningkat kepada 192 pesakit dengan peratusan penggunaan sebanyak 22 peratus,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Menurut Dr, Noor Hisham, sebanyak 25,512 kes sembuh telah dilaporkan semalam dan daripada 24,316 kes baharu yang direkodkan, sebanyak 152 daripadanya adalah kategori 3, 4 dan 5.

“43 kes (28.29 peratus) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi, 61 kes (40.13 peratus) telah menerima dua dos vaksin Covid-19 tetapi belum menerima dos penggalak manakala 48 kes (31.58 peratus) telah menerima dos penggalak.

“81 kes (53.29 peratus) merupakan individu berusia 60 tahun dan ke atas manakala 76 kes (50.00 peratus) dikesan mempunyai komorbid,” ujar beliau. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI