fbpx

‘Profesor, penuntut IPTS’ dicekup jadi scammer, edar dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Razali (kiri) menunjukkan sijil palsu yang digunakan suspek untuk menipu mangsa.

MELAKA – Polis memberkas enam warga Nigeria selepas dipercayai terlibat dalam sindiket penyamaran profesor dan pelajar institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) bagi melakukan pelbagai aktiviti penipuan dan pengedaran dadah, semalam.

Dalam serbuan pada pukul 5 pagi hingga 10 pagi itu, kesemua empat suspek lelaki dan dua wanita berusia antara 23 hingga 44 tahun ditahan di premis di Bukit Beruang serta Ayer Keroh.

Pemangku Ketua Polis Melaka, Datuk Razali Abu Samah berkata, hasil maklumat awam, serbuan dilakukan oleh sepasukan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) di tiga lokasi berasingan.

“Pemeriksaan di lokasi, kita menjumpai skrip digunakan suspek dipercayai untuk menipu mangsa dalam aktiviti love scam dan parcel (kiriman bungkusan).

“Selain itu, kita turut menemui botol alat untuk menghisap dadah, satu peket dadah ketamin seberat 2.6 gram, tujuh paket ganja (34.73 gram) dan satu ketulan mampat ganja (600) bernilai RM5,000,” katanya pada sidang akhbar majlis sambutan Hari Polis ke-215 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka, Bukit Beruang hari ini.

Tambahnya, pihaknya juga percaya dadah yang ditemui adalah untuk diedarkan kepada pelajar IPTS di sekitar Ayer Keroh.

Mengulas lanjut beliau berkata, salah seorang daripada suspek bertindak menipu mangsa dengan menyamar sebagai profesor manakala tiga lagi kononnya adalah penuntut IPTS.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI