fbpx

PM ucap tahniah kepada PDRM indeks jenayah menurun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Perbarisan Peringatan Hari Polis Ke-215 di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di sini pagi ini.

KUALA LUMPUR – Indeks jenayah bagi tahun 2021 menunjukkan penurunan iaitu 52,974 kes berbanding 65,623 kes pada tahun 2020.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bagi tempoh Januari hingga Februari tahun ini, indeks jenayah turut menurun kepada 8,484 kes berbanding 9,773 kes dalam tempoh yang sama tahun lalu.

“Saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana berjaya mengekalkan momentum kecemerlangan dalam penurunan indeks jenayah negara.

“Membuktikan kredibiliti PDRM dalam menjaga keamanan negara amat tinggi,” katanya semasa berucap pada Perbarisan Peringatan Hari Polis Ke-215 di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di sini pagi ini.

Turut hadir Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI