fbpx

Perodua Rusa pula naik harga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Perodua Rusa. -Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jika sebelum ini, Proton Arena dan satu lagi jenama Proton iaitu Juara menjadi bualan hangat peminat permotoran negara, kini tiba pula bagi Perusahaan Automobil Kedua (Perodua).

Mungkin ramai generasi 90-an pernah terserempak dan pernah merasai pemanduan jenama Perodua Rusa sebelum ini.

Perodua Rusa merupakan kenderaan kedua yang dihasilkan oleh Perodua selepas penghasilan Kancil yang pernah menjadi fenomena sebelum ini.

Ketika ini, walaupun sudah lama menyepi, dikhabarkan harga bagi Perodua Rusa sudah semakin meningkat tinggi.

Keadaan ini berlaku dikatakan kerana ada peminat yang menjadikan kenderaan berbentuk van ini sebagai caravan disamping Rusa mudah diselenggara.

Bukan itu sahaja, pintu sisi jenis gelungsur yang dimiliki Rusa juga berada di kiri kanan kenderaan itu menjadikan ia sebagai van pilihan masa kini.

Jika sebelum ini harga kenderaan ini boleh dibeli dengan harga serendah RM2, 500 namun ketika ini harga tersebut tidak lagi diketemui.

Tinjauan dibeberapa laman web jualan kenderaan membuktikan kenderaan ini telah memiliki harganya yang tersendiri.

Bagi keluaran tahun 1996, manual 1.6 cc, harganya kini melonjak ke RM10,000. Manakala bagi yang memiliki kondisi sepertu baharu harganya boleh mencecah RM20, 000.

Jadi, bagi sesiapa yang masih memiliki khazanah negara ini bolehlah berangan-angan atau menjualnya dengan harga ‘Yahudi’ selepas ini.- KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI