IPOH – Kerajaan negeri dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) akan mengadakan perbincangan berkaitan pelaburan bernilai RM32 bilion bagi membangunkan Automotive High-Technology Valley (AHTV) di Proton City, Tanjung Malim.
Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, ia h dijangka dalam masa terdekat di mana Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob juga difahamkan akan datang ke Tanjung Malim.
“Perbincangan sedang dibuat kerana kerajaan negeri juga perlu membuat persiapan.
“Kita perlu menyediakan rumah-rumah mencukupi untuk didiami pekerja nanti,” katanya di sini hari ini.
Sebelum ini, Ismail Sabri mengumumkan pelaburan baharu itu ketika berucap semasa penggulungan Perhimpunan Agung UMNO 2021 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), Sabtu lalu.- KOSMO! ONLINE