fbpx

Peniaga tomyam terlepas tali gantung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad Shah Izwan bersama peguamnya Shah Rizal selepas prosiding di Mahkamah Tinggi hari ini. FOTO: ZULFADHLI ZAKI

SHAH ALAM – Seorang bekas peniaga kedai tomyam terlepas hukuman mati selepas dijatuhi penjara 13 tahun apabila Mahkamah Tinggi hari ini menukar pertuduhannya kepada membunuh tanpa niat terhadap kekasih ibunya, tiga tahun lalu.

Hakim Datuk Abd. Halim Aman memutuskan demikian terhadap tertuduh, Mohamad Shah Izwan Mohamad Zaki, 27, selepas mendapati pihak pembelaan berjaya membuktikan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Mahkamah memerintahkan Mohamad Shah Izwan menjalani hukuman penjara dari tarikh ditangkap pada 28 Mac 2019.

Berdasarkan Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara hingga 30 tahun.

Abd. Halim dalam penghakimannnya memaklumkan berdasarkan keterangan menunjukkan bahawa tiada perancangan awal tertuduh untuk melakukan pergaduhan selain untuk melakukan pembunuhan.

“Punca pergaduhan hingga membawa kepada kematian si mati bermula dari bibit-bibit provokasi yang berbangkit sebelumnya.

“Peristiwa terjadi sebenarnya berpunca dari perbuatan si mati sendiri yang tidak menghormati adat susila serta budaya ketimuran masyarakat di sini.

“Jadi, dengan tidak terbendung perasaan amarah disertai apa dilihat depan matanya telah telah membawa kepada insiden kes ini. Apa yang dialami tertuduh ketika itu pasti akan melakukan sesuatu, demi maruah keluarganya,” jelasnya.

Jelas Abd. Halim, sekiranya dilihat tindak tanduk menunjukkan tertuduh
sememangnya tidak mempunyai niat untuk membunuh si mati.

“Diantaranya, tertuduhlah yang telah menghubungi pihak polis untuk memaklumkan kejadian tersebut dan menunggu pihak polis dibawah rumah ibunya,” katanya.

Difahamkan, semasa kejadian si mati yang merupakan lelaki warga Pakistan hanya memakai boxer di dalam rumah ibu tertuduh.

Mengikut pertuduhan, Mohamad Shah Izwan didakwa membunuh seorang lelaki warga Pakistan, Muhammad Kashif di dalam sebuah unit rumah di Taman Desa Serdang, Seri Kembangan antara pukul 4 hingga 5.15 pagi pada 28 Mac 2019.

Justeru, dia dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati sekiranya disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Datin Zuraini Abdul Razak telah mengemukakan seramai 20 saksi sepanjang prosiding perbicaraan bermula 7 Disember 2020.

Sementara, Peguam Shah Rizal Abdul Manan memanggil tertuduh bagi memberikan keterangan dalam prosiding pembelaan. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI