fbpx

Nur Jazlan umum tidak bertanding PRU15

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nur Jazlan Mohamed (kanan) bergambar bersama calon BN bagi kerusi DUN di bawah Parlimen Pulai dalam PRN Johor lalu.

JOHOR BAHRU – Timbalan Pengerusi UMNO Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed mengesahkan beliau tidak akan bertanding bagi kerusi Parlimen Pulai dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.

Nur Jazlan yang juga merupakan Ketua UMNO Bahagian Pulai berkata, antara faktor yang mempengaruhi keputusan tersebut adalah kerana peratusan pengundi Barisan Nasional (BN) sudah semakin berkurangan.

Sehubungan itu katanya, BN perlu mencari calon lain yang bersedia untuk bertanding di kerusi Parlimen berkenaan.

“Kita perlu akui, antara faktor BN menang dalam PRN Johor ini adalah peratusan keluar mengundi yang rendah, namun jika peratusan keluar melebihi 70 peratusan belum tentu kita boleh menang (Parlimen Pulai) khususnya dalam PRU.

“Ada orang mungkin akan berasa gembira apabila saya buat keputusan ini sebab saya sudah lama jadi Ketua Bahagian, jadi saya berundur. Saya bukan cuba hendak dapatkan simpati tetapi sebaliknya saya beritahu realiti,” katanya pada Majlis Kesyukuran BN Sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, di Kompleks Tan Sri Mohamed Rahmat, di sini malam semalam.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI